Penghijrahan saya pada tahun 2015 melalui FitFab

Pada tahun 2014 setelah adik saya , meninggal dunia pada bulan Ramadan, saya telah menjatuhkan niat untuk berhjirah. Oleh kerana saya bersenam setiap hari, saya amat prihatin tentang penampilan diri saya sebagai seorang hijabi yang aktif. Saya mula memberi perhatian kepada baju baju berjenama dan mencari baju lengan panjang. Susah nak dapat sesuatu yang panjang yang melepasi punggung. Begitu juga dengan tudung yang selesa untuk bersenam. Saya cuba macam macam jenis 🙂 Akhirnya saya buat keputusan untuk mereka sendiri label saya sendiri “FitFab” . Saya menghubungi seorang supplier baju / apparel Muslimah , Faezah Jonit dari QuCept Apparels dan memberitahu beliau saya hendak  “customise ” design saya sendiri. Saya juga meminta bantuan beliau untuk memberi rekomendasi sports hijab.

Alhamdulillah Allah permudahkan segala niat saya. Dan yang lebih memberangsangkan adalah “followers” dan bootcampers saya juga ingin membeli baju label FITFAB. Sehingga hari ini! Alhamdulillah 🙂

 

Itulah permulaan FITFAB  merchandises..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *